Turn Over a New Leaf

*nak omputih sikek*
Hi and Assalamualaikum :)
well , harini dah 27 Ramadhan 1432H . dah penghujung dah kan ? sekejap je *sobs . hmm btw , as a new beginner I would like to ask for forgiveness from all of my friends , teacher and whoever who know me well or not . sometimes kita tahu sendiri kan perasaan macam mana kita tak suka orang tu . mungkin ada orang lain juga rasa yang sama pada kita . rasa teruk , bukan ? lagi lagi laa perangai aku ni kekadang nak ikut kepala sendiri je . ya , mungkin pada orang aku tidak matang . Tapi tu lah aku . kadang kadang , rasa seronok nak jadi kanak kanak lagi . tapi biasalah manusia kan ? kita membesar . we grow up throughout the time . jadi , maafkanlah diri ini andai ada melakukan kesilapan terhadap anda anda semua .

berubah ? In Shaa Allah aku sedang cuba berubah ke arah kebaikan . Tapi biasalah , kadang kadang tersungkur juga . tersasar dari arah yang sebenar . Alhamdulillah , masih ada yang baik hatinya menegur diri ini kembali . Terima Kasih untuk itu :) tanpa kamu semua , mungkin aku masih berada di takuk yang lama , yang sentiasa di belenggu dosa lama . yang masih tercari cari identiti diri .

Jujur , aku rindukan saat bersama kawan kawan di SMK Simpang Renggam . selalu . ada jugak tengok tengok twitter mereka , blog . dalam diam je . aku cuma mahu tahu tentang mereka . sahabat kan ? mana mungkin kita tak peduli ? mungkin aku hilang tanpa mesej atau panggilan telefon . pada yang rapat , mungkin mereka sudah memahami aku ni bukan jenis yang nak bagi text tak memasal sekadar borak kosong . kalau ada pun hanya seketika . bertanya khabar mungkin . semuanya hanya kemungkinan . dan dengan kemungkinan itu juga , adakah mereka juga seperti aku ?

sepanjang Ramadhan ini , tak banyak yang aku pinta . mungkin kamu juga . kita pasti ternanti nantikan malam Lailatulqadar yang khabarnya sangat ajaib . katanya , pada malam itu , pokok pokok akan tunduk seperti merukuk ke arah kiblat . sungguh , aku teringin . tapi cuma yang termampu aku berdoa setiap hari , berilah aku peluang untuk menikmati malam itu dan bangunkanlah aku untuk beribadat kepada-Nya . dan Alhamdulillah . pada malam ke 23 dan ke 27 iaitu malam tadi , dengan sendiri nya aku bangun . bangun dengan segar . tiada lansung perasaan ngantuk walaupun aku masuk tidur lewat juga sekitar jam satu . aku pelik . aku celik dan lansung ingat pasal malam itu . terus aku keluar sebentar , angin yang nyaman . berangin . aku masuk balik dan mula mengambil wuduk . Dari sumber sumber yang tidak tahu sejauh mana kesahihannya mengatakan lailatulqadar jatuh pada malam ke 23 . ada juga yang mengatakan malam ini . siapa tahu kan ? malam Lailatulqadar kan rahsia Allah . Dia yang Maha Mengetahui tiap sesuatu . mungkin kah kita sempat menemuinya pada Ramadhan akan datang ? wallahualam . sesungguhnya Dia telah menetapkan yang terbaik untuk kita . mungkin bukan rezeki kita pada kali ini . mungkin juga amalan kita sepanjang Ramdhan ini belum cukup . mungkin juga dia mahu kita memperbaiki ibadah kita yang tidak tahu diterima atau tidak di sisi-Nya . sesungguhnya Dia lah Maha Mengetahui . 



sambil menaip ini , aku ditemani bunyi bunyi riang dari Sinar fm *promote sikek xD datanglah juga kekadang mood nak raya . tapi lebih banyak mood nak trial ni . mohon doa dari kalian yang membaca . doakan kami anak anak 1996 berjaya dunia akhirat . In Shaa Allah . buat teman , Syahirah Suhaile yang sesat kat SAMURA , jangan sedih atau terasa bila aku kata aku rindukan teman teman di smksr , kerana rindu dekat kau pun tak pernah kurangnya . rakan rakan lama di SK(P)Bandar Tangkak juga tak ku lupa . tetapi kebanyakannya tercampak di SASEM juga . mihmihmih ^^ . baiklah , 

SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR BATIN :)