Assalamualaikum orang jauh :)

baru dua hari anda belayar kot . adehh -.- cepat cepat lah ke darat ya ? lagi bagus kalau anda lekas pulang ke Malaysia . Jauh di mata dekat di hati kot . #Ehh . :3 hahaha . k . hari Jumaat ritu , balik balik je terus bukak Facebook Encik Ultraman ni . maaflah dah berapa kali dah terjatuh terduduk tergolek bila tengok gambar awak . *pengsan* lagi lagi bila tengok gambar yang ni . perghhhh . jerit jerit tunjuk kat ibu :D thehe

ada kedut sikit dekat mata tu . tanda penuaan xD

maaf lah ya encik abang , saya curi secara halal di laman sosial anda tu . excited terlebih . patut lah dia cool je suruh tengok gambar kat fb . lewls -.- hmm . btw , tadi ayah melihat gambar anda yang saya cuci . gambar gambar anda sepanjang berada di sana . ayah lihat dan diam . lepas tu dia cakap macam macam . antara yang di ingati lah ya : 

"ayah tak kesah kalau kau nak berkawan dengan dia . kawanlah . janji dia patuh rukun agama , rukun islam . cukup . tak kaya tak apa . janji hidup bahagia . nanti dah masuk U , jangan plak kau berubah hati . berkawan biarlah setia *dalam hati aku cewah ayah ni* ''

"kau kena ingat , syurga lelaki tu walau dia dah kahwin sekalipun tetap bawah kaki mak dia . kalau perempuan dah kahwin , syurga bawah tapak kaki suami . kau kena ingat tu . jangan lah nak cemburu ke apa ke bila dia lebihkan mak dia nanti ." "tapi mak dia cool je ayah" "memanglah sekarang cool . tapi nanti bila dia dah sakit . dah tua . macam macam ragam . kau kena jadi anak yang baik pada ibu ayah , isteri yang baik pada suami , anak yang baik dekat mertua kau nanti . nanti time dia orang sakit , kau kena jaga mereka macam kau jaga mak ayah kau sendiri . ingat ni ayah pesan *angguk angguk*''

"Haa , dengan mak ayah dia jangan pulak dia derhaka . biar dia tahu tanggungjawab sebagai anak . kalau kau kahwin dengan dia nanti .. kalau lah .. jangan derhaka . tanggungjawab tu kena tahu . bukan senang . "

And tadi lalu depan Taman Sri Impian yang rumah besar besar tu . ayah tengok je . ayah kata cantik . saya tahu sebenarnya ayah nak sgt rumah tu . dia dah banyak kali tanya . tapi harga nya mahal . then saya terus cakap : 

 "Takpe yah . sokay . nanti biar along yang beli rumah tu "

"buat apa beli rumah besar besar , nanti korang semua dah kerja dah ada keluarga sendiri , tinggal ayah dengan ibu je kat rumah tu nanti . ada 4 bilik , 3 bilik air . besar besar duduk dua orang je , buat apa ''

" takpe yah , nanti along bagi ayah cucu - cucu . haaa . ayah belalah . meriah sikek rumah tu nanti "

" tu pun kalau kau ada  rezeki nak ada anak . kau kena ingat tak semua orang yang kahwin ni ada anak "

" tahuuuuuuu :3"

banyak lagi sebenarnya yang ayah nasihatkan , beritahu . entah lah kenapa harini ayah bermotivasi sangat . bersemangat macam aku nak kahwin bulan depan ._. tapi kalau awal pun apa salah nya . hiks :3 dah dah lah berangan tu . panjang panjang ni nak cakap pasal rindu je senanya . baik lah , mohon undur diri . moga anda berada bawah perlindungan Allah di sana . Fi Hifzillah :)